Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.
Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.
Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.
Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.
Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.
Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.
"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.
Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.
Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara.
No comments
Post a Comment