Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Hollywood Diane Kruger bukan hanya 'jual rupa'!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Diane Kruger

NAMA aktres ini mungkin tidak sepopular Drew Barrymore, Cameron Diaz mahu pun Kristen Stewart, namun bagi peminat seni di Hollywood, pelakon berusia 36 tahun ini bukanlah asing di mata mereka.
Dilahirkan di Algermissen, Jerman, dia sebenarnya lebih dikenali sebagai model iklan komersial di awal penglibatannya dalam bidang seni. Malah, dia juga telah dilantik sebagai duta jenama terkemuka dunia seperti L'Oreal dan Calvin Klien.

Mengimbas sejenak permulaan kariernya sebagai pelakon, ia bermula ketika dia berusia 25 tahun.

Menariknya, dia sendiri tertarik dengan bidang lakonan tanpa didorong sesiapa, malah untuk merealisasikan impiannya, dia turut mengikuti kelas lakonan di Cours Florent.

Mungkin sudah menjadi rezeki empunyai nama Diane Heidkruger atau nama layarnya, Diane Kruger, dia terpilih membintangi beberapa filem popular seperti The Piano Player yang telah mengangkat namanya dalam dunia perfileman.

Selepas filem itu, tawaran yang diterima semakin rancak dan sehingga kini Kruger telah membintangi lebih 25 filem antaranya, National Treasure, Days of Darkness, Mr Nobody, Forces Speciales dan Unknown yang mana menerusi filem ini dia bergandingan dengan aktor tersohor, Liam Neeson.

Serasi sebagai Permaisuri Helen

Meskipun pelbagai watak telah dipegang seperti menjadi Gina, seorang pemandu teksi wanita (Unknown), sebagai Abigail Chase, seorang doktor yang mengkaji artifak di arkib negara (National Treasure) dan sebagai Elsa

Casanova iaitu seorang wartawan dalam Forces Speciales, namun pemilik Anugerah Saturn kategori aktres pembantu terbaik (National Treasure) ini paling diingati ketika menjadi Helen yang merupakan Permaisuri Kerajaan Sparta atau isteri kepada Raja Menelaus menerusi filem Troy (filem epik perang).

Sedikit mengenai Helen, menurut pengkritik filem Hollywood, Kruger berhak mendapat watak tersebut kerana paras rupanya yang klasik dan sesuai dalam era itu.

"Kruger sinonim dengan watak ini kerana dia mempunyai wajah yang jelita dan Helen dalam era Troy adalah wanita yang dipuja kerana kecantikan yang dimilikinya," kata mereka.

Bagaimanapun, tidak bergantung kepada rupa sahaja, Kruger tetap dipuji kerana berjaya memainkan peranan itu dengan baik dan meninggalkan kesan di hati penonton.

Dalam pada itu, selain menjadi Helen, dia turut dikenali sebagai Bridget iaitu perisik menerusi filem sentuhan pengarah Quentin Tarantino berjudul Inglourious Basterds.

Menariknya, kerana watak tersebut, dia telah dicalonkan dalam pelbagai anugerah termasuklah Phoenix Film Critics Society Award for Best Cast dan Golden Camera for Best International Actress.

Jadi makhluk asing

Selepas muncul menerusi filem Farewell, My Queen tahun lalu, Kruger masih menjadi pilihan pengarah dan bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul The Host.

Filem yang diadaptasi dari novel sains fiksyen menggunakan judul sama hasil penulisan Stephenie Meyer ini mengangkat genre fantasi, sains fiksyen dan thriller.

Berbicara mengenai filem terbarunya ini, akui Kruger, bukan mudah baginya menjadi Teera (makhluk asing).

"Watak ini sangat kompleks, saya perlu memakai pakaian berwarna putih sepanjang masa, bahkan saya juga perlu memandu kereta Lotus, bayangkan semua ini tidak pernah dilakukan saya dalam mana-mana filem sebelum.

"Apa pun, ia sangat hebat lebih-lebih lagi kerana saya menjadi makhluk asing," katanya menggarap watak tersebut dari pelbagai sudut karakter yang dibawa dari filem yang pernah dilakonkannya.

Dalam pada itu, filem yang akan ditayangkan bermula 4 April di pawagam seluruh Malaysia ini turut menelan belanja sekitar RM137 juta.

Selain Kruger, filem sentuhan pengarah Andrew Niccol turut dibintangi Saoirse Ronan dan Jake Abel.

Sedikit mengenai The Host, ia berkisar mengenai makhluk asing yang menyerang bumi dan mula menghasut fikiran manusia hidup di bumi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments