Itu yang berlaku kepada seorang wanita.
Hanya kerana ingin membunuh seekor ular, habis rumahnya terbakar.
Kejadian berlaku di Liberty Eylau, Texas, apabila seorang wanita yang cuba membakar ular yang masuk ke rumahnya, akhirnya telah memakan diri apabila ular berkenaan menyebabkan rumah hangus.
“Dia nampak ular itu masuk ke dalam rumahnya, lalu mencurahkan minyak tanah ke atas ular berkenaan.
“Selepas itu dia menyalakan api namun nasib tidak menyelebelahinya apabila ular itu masuk ke dalam selonggok kayu di dalam rumah mengakibatkan kayu itu terbakar,’’ kata Timbalan Ketua Polis Randall Baggett.
Wanita itu kemudiannya menghubungi 911 dan memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Kebakaran itu turut memusnahkan rumah jirannya.
No comments
Post a Comment