Encik Feng menyalahkan ketagihan anaknya yang menyebabkan dia tidak mempunyai kerja dan dia terpaksa mencari satu penyelesaian yang akan membuatkan anaknya berhenti bermain video game.
Encik Feng memberitahu di dalam satu temu bual bersamasurat khabar Sanqing Daily yang Xiao Feng telah bermain permainan video sejak dia di sekolah menengah lagi dan itu yang menyebabkan dia sering gagal dalam peperiksaan.
Tambah Feng lagi, dia sudah serik dengan sikap Xiao Feng yang hanya bekerja paling lama pun tiga bulan sebelum berhenti dan kembali dengan sikapnya bermain permainan video game tanpa henti.
Usaha Feng mengupah seorang pembunuh virtual gagal, rahsianya terbongkar apabila pembunuh virtual yang diupah itu memberitahu Xiao Feng perkara yang sebenar.
Setelah pembunuhan tersebut gagal Xiao Feng memberitahu bapanya yang bukan dia tidak mahu mencari kerja, tetapi dia tengah menunggu kerja yang paling sesuai untuk dirinya.
No comments
Post a Comment