Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Atilia Lancar Album Di Jakarta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Atilia
Bagi mengembangkan karier nyanyiannya ke peringkat yang lebih tinggi, penyanyi, Atilia akhirnya melancarkan album berjudul, Indah di Jakarta, Indonesia minggu lalu.
Atilia memberitahu, album yang dilancarkan di Malaysia sejak dua tahun lalu itu menampilkan konsep muzik jazz, sama seperti album pertamanya, Sangkar.
“Sebenarnya sudah setahun saya merancang untuk mencuba nasib di sana. Secara jujurnya, saya gembira melihat penerimaan dan respons yang diberikan masyarakat di situ terhadap muzik yang saya bawa.
“Insya-ALLAH, saya harap album itu bakal mendapat sambutan memandangkan beberapa lagu seperti Harus Bagaimana dan Silly Litle Thing diterima masyarakat di sana.
“Tambahan pula, dalam album ini saya ada menampilkan beberapa nama besar seperti Ifta Fachir daripada kumpulan Maliq & d’Essentials yang terlibat dalam pembikinan single pertama saya iaitu Indah,” katanya.
Tambah Atilia, dia akui citarasa peminat di Malaysia dan Indonesia nyata berbeza, di mana beberapa lagu yang popular di negara ini tidak begitu berjaya menarik perhatian pendengar di sana.
Menyentuh mengenai promosi album di sana, Atilia memberitahu, album keduanya itu akan diedarkan oleh syarikat Demajors di Jakarta.
“Saya percaya syarikat itu memiliki perancangan yang tersendiri untuk memasarkan album tersebut dengan baik.
“Selain itu, saya ada menyimpan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan pemuzik di sana seperti Mondo dari kumpulan Sore dan Ricky Virgana pada masa akan datang,” katanya.
Bagi Atilia, langkah berani yang diambil bagi mempromosikan albumnya di sana bukan sahaja untuk keutamaan karier nyanyiannya semata-mata, malah dia mahu membuka laluan dan peluang buat penyanyi dari kedua-dua negara ini mengembangkan karier seni mereka.
“Saya harap dengan usaha ini, ramai penyanyi di Malaysia dapat peluang untuk lakukan perkara yang sama memandangkan pasaran di sana lebih meluas,” katanya.
Sementara itu, Atilia turut berpeluang mengadakan persembahan di Festival Antarabangsa Java Jazz 2013 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac lalu.-Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments