Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Natasha hudson Enggan Membazir Sambut Kelahiran Anak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Natasha Hudson
KUALA LUMPUR – Pelakon Natasha Hudson belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran anaknya bersama suami, Carleed Khaza penghujung April ini.
Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson 31, berkata, dia tidak mahu membazir kerana berdasarkan pengalaman lalu banyak barangan bayi yang dibeli tidak dapat digunakan disebabkan keadaan bayi yang cepat membesar.
“Bukan tidak mahu buat persiapan tetapi menerusi pengalaman berlaku pembaziran terhadap barang-barang keperluan bayi yang saya beli.
“Jadi sebab itu saya tidak buat sebarang persiapan dan hanya menggunakan kembali barang-barang lama yang masih elok,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Natasha berkata, dia sengaja tidak mahu mengetahui jantina anak yang sedang dikandungkannya kerana mahu ia menjadi kejutan kepada mereka suami isteri.
Kata Natasha, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak yang bakal dilahirkan kerana paling penting bayi itu berada dalam keadaan sihat.
“Doktor ingin memberitahu jantina anak tetapi kami memilih untuk tidak mengetahuinya kerana biarlah ia menjadi kejutan buat kami suami isteri nanti,” jelasnya.
Sementara itu, Natasha berkata, dia dan Carleed telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya.
Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.
Dalam perkembangan lain, Natasha yang bakal muncul dengan filem Langgar di samping Adi Putra, Namron dan Hans Isaac memberitahu dia akan kembali aktif dalam lakonan selepas habis tempoh berpantang. - mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments