Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kumpulan band wanita Girls Aloud Umum Perpisahan Selamanya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Girls Aloud
Liverpool – Kumpulan Girls Aloud akhirnya mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi dan membawa haluan masing-masing pada satu pertunjukan di Liverpool.
Biarpun mereka sebelum ini bergerak sendirian pada 2009, namun anggota kumpulan terbabit meyakinkan peminat mereka bahawa akan bersatu semula.
Bagaimanapun pada malam Rabu lalu, selepas menutup persembahan dalam Ten: The Hits Tour, Girls Aloud mengumumkan perpisahan tersebut.
Dalam twitter kumpulan tersebut, Girls Aloud memaklumkan bahawa mereka amat menghargai sokongan sepanjang sedekad bersama.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan selama ini.
“Sokongan dan kasih sayang anda akan terus kekal bersama kami namun kini sudah sampai masa untuk kami berpisah,’’ kata kumpulan itu dalam twitter yang ditujukan kepada peminat mereka.
Terdahulu, salah seorang anggotanya, Cheryl Cole dalam twitternya telah memberikan bayangan mengenai perpisahan berkenaan.
“Pertunjukan terakhir.!!! Bila ia berlaku ??! Ia berlaku lima minit lalu. Dapat merasakan masa berlalu dengan pantas.
“Dan di sini, di Liverpool, salah satu tempat kesukaan kami untuk pertunjukan terakhir!! Liverpool!!! LETS GOOOOO…
Oktober lalu, Girls Aloud mengesahkan akan bersatu kembali menerusi video dalam talian, Something New sebelum mengadakan pertunjukan secara langsung untuk pertama kali dalam tempoh tiga tahun.
Penyatuan itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 pembentukan kumpulan itu menerusi siri reality TV, Popstars: The Rivals.
Album kompilasi mereka, Ten, berada di carta ke-9 di UK sebaik diterbitkan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments