Memetik laporan Murai, Ayu Raudhah memaklumkan yang dia bakal bersalin pada 29 Mac ini.
Maknanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.
Menurut Ayu, dia akan melahirkan anak sulungnya di Johor.
“Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur.
“Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat,” katanya.
No comments
Post a Comment