Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Seekor Chimpanzi ketagih rokok dan alkohol!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


China – Chimpanzi merupakan binatang yang rapat dengan manusia, malah ada sesetengah perbuatan manusia telah ditirunya.
Namun di sebuah zoo di Urumqi, China, seekor chimpanzi telah meniru tabiat manusia yang tidak elok.
Apa tidaknya, dia suka merokok dan mampu menghabiskan dua batang rokok dalam waktu yang sama.
Aksinya ketika merokok itu telah dirakamkan dan dimuat naik di internet, sekali gus menjadikannya terkenal.
Dengan bulunya yang berwarna kelabu, chimpanzi ini kelihatan seperti seorang tua sedang menghisap rokok, sambil melihat sekeliling kalau-kalau penjaga zoo melihatnya.

Ia bukan chimpanzi pertama yang ketagih dengan rokok malah chimpanzi terkenal dunia, Charlie, hidup sehingga 10 tahun di zoo Bloemfontein di Afrika Selatan.
Menurut penjaga zoo tersebut, Charlie mula menghisap rokok selepas pengunjung membaling rokok yang masih bernyala ke dalam kurungannya.
Sejak itu, Charlie mula menjadi perokok.
Berbeza pula dengan seekor chimpanzi di Rusia yang dilaporkan terpaksa dihantar ke pusat pemulihan selepas ketagihan rokok dan alcohol.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments