Tel Aviv –Presiden Barack Obama yang dalam rangka lawatan ke Israel mendapat malu besar apabila kereta Limosin yang dinaikinya mengalami kerosakan di tengah jalan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Ianya angkara kesilapan bodoh pemandu limo berkenaan yang mengisi minyak menggunakan petrol, sedangkan kenderaan itu menggunakan diesel.
Tindakan bodoh itu menyebabkan limosin yang bernilai $1.5 juta tersebut yang dibawa khas dari Washington berhenti di tengah jalan dan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Keadaan itu memaksa Obama menaiki kereta lain yang turut dibawa dari Amerika Syarikat.
Kereta yang tersadai itu berjaya dirakamkan oleh 24 Hour News dan trak tunda terpaksa digunakan bagi menariknya.
Obama mahu menaiki helikopter di lapangan terbang Ben Gurion menuju ke Ramallah kerana ingin mengelak daripada melalui pusat pemeriksaan Palestin.
Obama bimbang perjalanannya ke Ramallah akan terganggu.
Presiden Amerika Syarikat itu dilaporkan membawa 600 anggota rombongan dan mereka menetap di semua 233 bilik di Hotel King David, sepanjang lawatannya ke Israel.
Berdasarkan jumlah anggota yang ramai itu, ia sekali gus berjaya mengatasi Madonna yang pernah membawa 200 orang sepanjang konsert jelajahnya.
Secara perbandingan, ia menunjukkan krew Presiden Obama adalah tiga kali ganda daripada krew Madonna yang turut dikenali sebagai Material Girl.
No comments
Post a Comment