Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]5 Cara Mudah Mengatasi Tekanan yang korang perlu tahu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

 

Setiap individu tidak terkecuali untuk dibebani dengan perasaaan tidak keruan iaitu tekanan dan setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan tekanan. Tekanan meliputi pelbagai aspek tidak kira percintaan, kerjaya mahupun persekitaran perlu diatasi agar tidak menjejaskan kesejahteraan hidup.
Berikut beberapa tip untuk membantu anda mengatasi tekanan agar tidak melarat:-
1) Menyanyi sekuat hati
Lakukan rutin harian seperti biasa namun cuba menyanyi sekuat hati ketika sedang mandi, memandu, memasak. Salurkan kemarahan anda melalui nyanyian.
2) Nikmati makanan ketika makan
Ketepikan semua gangguan dan fokus kepada hidangan yang sedang dinikmati pada ketika itu. Nikmati makanan anda dengan melihat warna, tekstur dan rasa hidangan. Amalan ini secara tidak langsung akan membantu anda untuk tidak terlebih makan.
3) Meditasi dan refleksi
Tarik nafas panjang dan cubalah membuat senaman seperti yoga yang mampu meningkatkan kesabaran seseorang individu. Carilah pusat yoga yang berdekatan atau boleh lakukan senaman yoga sendiri di rumah dengan mengikuti teori-teori yang terdapat di internet.
4) Beri pujian
Berikan pujian kepada sahabat handai yang rapat dengan anda juga dapat membantu membuatkan anda berasa lega. Jika kita memberikan pujian kepada orang lain, maka pujian itu akan turut dibalas dengan kata-kata baik yang membantu menaikkan semangat anda.
5) Ketawa
Ketawa adalah pengubat duka kerana dapat membuatkan individu itu relaks dan tenang. Tetapi jangan terlebih ketawa nanti lain pulak jadinya.- Gua.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments