Tetapi sama ada dia bakal berlakon di dalam drama atau filem tidak dapat dipastikan pula.
Namun, keyakinan untuk Luna Maya berlakon di Malaysia bertambah pasti apabila dia sudah pun menghubungi Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi.
Menurut Zed Zaidi yang dipetik menerusi Malaysiandigest, dia menerima panggilan daripada Luna Maya kira-kira sebulan selepas kontroversi yang tercetus melibatkan kedatangan pelakon seksi Julia Perez yang didakwa menjalani penggambaran secara tidak sah, di sini.
“Kira-kira sebulan selepas kontroversi Julia Perez, Luna Maya ada hubungi saya. Terkejut juga saya, tiba-tiba ada orang telefon dan bercakap slanga Indonesia. Dia bertanyakan mengenai bagaimana prosedur untuk mendaftar sebagai ahli Seniman sebab katanya dia nak daftar jadi ahli Seniman.
“Jadi saya terangkan prosedur-prosedurnya. Saya rasa kemungkinan dia akan berlakon dan menjalani penggambaran dengan produksi di sini. Tapi Luna Maya tidak pula memberitahu bilakah penggambarannya itu akan dijalankan”, katanya.
Nampaknya, perkara yang diperjuangkan Zed selama ini sudah menampakkan keberkesanannya.
Justeru mula Januari 2013, kemasukan artis dan pekerja seni dari luar perlu mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Pandu Citra dengan membuat permohonan melalui tida persatuan berdaftar mengikut bidang tugas masing-masing.
Sekiranya sebagai pekerja seni harus mendaftarkan diri kepada Persatuan Profesional Perkerja Filem Malaysia (PROFIMA).
Kalau sebagai pengarah perlu mendaftar dengan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan kalau artis pula perlu mendaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).
No comments
Post a Comment