Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Aaron Aziz Turut Sibuk Berkempen?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Aaron Aziz
Dalam kesibukkan semua calon wakil rakyat mahu berkempen sempena PRU13 akan datang, pelakon, Aaron Aziz juga tidak terkecuali untuk berkempen memenangi hati pengundi-pengundinya.
Tetapi bukanlah berkempen politik, sebaliknya berkempen untuk memancing undi peminatnya bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH13) yang akan berlangsung pada 7 April depan.
“Saya memang berkempen sekarang. Kempen ABP. Itu saja. Kalau terlibat dengan kempen politik tu, tidak. Sebagai selebriti, saya bersedia memberi sumbangan kepada sesiapa sahaja tak kira bangsa ataupun budaya.
“Saya sebenarnya memang nak elak daripada terlibat dengan mana-mana politik,” jelasnya yang dipetik dari Malaysiadigest, hari ini.
Kita tengok nanti sama ada usaha Aaron mencuri hati peminatnya berjaya menjadikan dia sebagai pilihan nombor satu atau tidak.
Sementara itu, Aaron bakal muncul dalam program sitkom berkonsepkan pendidikan yang menjadi pilihan ramai kanak-kanak dan remaja, Oh My English! Musim ke-2.
Ia akan disiarkan pada setiap Ahad pukul 7.30 malam bermula 31 Mac ini menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134).
Bolehlah anda tengok bagaimana Aaron beraksi di samping pelakon seperti Izara Aishah dan Zain Saidin.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments