Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Perkembangan Anak Panda Zoo Taiwan! Pantas betul pembesarannya...
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pasangan panda yang baru melahirkan anak baru-baru ini di Zoo Taipei sentiasa memerhatikan perkembangan anak mereka yang dijaga oleh penjaga zoo itu dengan teliti.
Bapa panda Tuan Tuan dan ibunya Yuan Yuan sentiasa memerhatikan dengan rapi anak mereka Yuan Zai yang baru lahir dan merupakan kelahiran Panda pertama di zoo itu.


Nama Yuan Zai diberikan kerana anak panda itu menyerupai seperti “bebola nasi”. Yuan Zai juga mewarisi lingkaran bulat berwarna hitam seperti bapanya dan jari tengah dan ketiganya bercantum sama seperti ibunya.
Kedua-dua ibu bapa panda itu diasingkan dari anaknya yang baru lahir kerana anak panda itu masih dalam tempoh penjagaan rapi di inkubator.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibenarkan melihat perkembangan anak mereka melalui sebuah tingkap khas di sebelah bilik Yuan Yuan.
Si anak panda, Yuan Zai masih belum boleh dipertontonkan kepada umum untuk tempoh selama enam bulan kerana masih dalam pemerhatian. – mynewshub.my
Sumber : Metro.co.uk

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments