Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Tangisan seorang lelaki kerana takut dimarahi isteri!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kereta yang digunakan suspek diperiksa anggota polis.

KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.

Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments