Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 18 Pegawai Tentera Taiwan Didakwa!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Taiwan
Taipei – Pendakwa raya Taiwan mendakwa 18 pegawai tentera semalam berhubung kematian seorang pelatih muda yang menjadi subjek hukuman ‘kejam dan dera’, dalam satu insiden yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara.
Koperal Hung Chung-chiu meninggal dunia akibat strok haba 4 Julai lalu, hanya tiga hari sebelum menamatkan perkhidmatan tentera wajib selama setahun.
Senaman melampau
Keluarganya berkata, mangsa dipaksa melakukan senaman melampau sebagai hukuman kerana membawa telefon pintar ke dalam kem.
Ketua Pendakwa Raya Tentera Tsao Chin-sheng, berkata Hung, 24, mengalami strok haba selepas diarahkan ‘melakukan senaman tidak tertanggung, kejam dan mendera’ yang mengakibatkan kematiannya selepas mengalami kegagalan fungsi pelbagai organ.
“Saya memohon maaf jika kes itu mencetuskan kemarahan umum dan menggoyahkan keyakinan dalam tentera. Matlamat kami ialah mencari kebenaran, memberi orang awam satu jawaban dan berharap Chung-chiu dapat bersemadi dengan aman,” kata Tsao.
Antara yang didakwa, Chen Yi-hsun, yang mengawasi hukuman Hung ketika berada di dalam kurungan, didakwa kerana mendera sehingga menjurus kepada kematian pelatih dengan mengarahkan senaman melampau ke atas mangsa.
Didakwa secara bersama
Mejar Jeneral Shen Wei-chih, bekas komander Briged Hung, timbalan komander Ho Chiang-chung dan empat lain didakwa ‘secara bersama melaksanakan hukuman tidak sah ke atas orang bawahan’ dan kesalahan ke atas kebebasan peribadi.
Sepuluh lagi pegawai didakwa atas tuduhan membunuh secara sukarela kerana tidak menyedari bahawa kesihatan Hung semakin menurun dan tidak mengambil langkah perlu ketika tempohnya dalam kurungan bagi menghalang kematiannya.
Seorang pegawai didakwa kerana memindahkan Hung ke dalam kurungan tanpa kebenaran.
Pendakwa raya tidak menyatakan tempoh hukuman penjara yang diminta.
Pakar perundangan berkata hukuman paling teruk adalah penderaan menjurus kepada kematian, yang dihukum dengan penjara seumur hidup.
Keluarga Hung berkata mangsa sebelum itu memfailkan aduan mengenai penderaan lain yang dilakukan ke atasnya oleh pihak atasan. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments