Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Dipecat Kerana Hidang Babi Pada Pelajar!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hidangan Babi
Cambridge – Seorang penyedia makanan di Sekolah Rendah Queen Edith di sini, dipecat selepas dia dikatakan secara tidak sengaja menyediakan hidangan babi kepada murid Islam di sekolah berkenaan.
Alison Waldock, 51, telah bertugas selama 11 tahun di sekolah terbabit.
Perkara itu disedari oleh guru besar sekolah terbabit dan dia berjaya menghalang murid beragama Islam berusia tujuh tahun itu daripada makan hidangan haram berkenaan.
Guru besar tersebut juga nyata tidak gembira dengan keadaan tersebut.
Ibu bapa murid tersebut, Zahid dan Rumana Darr kemudiannya membuat aduan kepada sekolah dan syarikat yang membekalkan makanan kepada sekolah terbabit.
Dalam pada itu, Zahid dan Rumana mendakwa pihak sekolah memaklumkan kepada mereka bahawa Waldock tidak peduli dengan kesalahan yang dilakukannya itu.
“Pihak sekolah memberitahu bahawa wanita itu tidak peduli atau tidak ambil tahu,’’ katanya.
Sementara itu, kumpulan komuniti Muslim4UK dalam satu kenyataan berkata, majoriti ibu bapa Islam memahami kesalahan yang dilakukan itu.
“Memecat seorang pekerja kerana tidak sengaja menyediakan hidangan daging babi adalah keterlaluan.
“Sebaliknya, cara paling berkenaan bagi menangani kesalahan itu ialah meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai pemakanan mereka dan dalam masa sama memohon maaf pada murid-murid dan ibu bapa.
“Kita semua manusia biasa dan melakukan kesalahan,’’ kata jurucakap pertubuhan itu.
Sekolah rendah Queen Edith mempunyai pelajar daripada pelbagai keturunan dan etnik.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments