Pada Selasa lepas, seorang bapa telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusinya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah seperti diminta.
Bapa berkenaan Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian itu anaknya Nur Emilia, 12 tahun, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di Butterworth Pulau Pinang tidak lagi mahu ke sekolah.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi media berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya.
Pada hari yang sama, sebuah video oleh Hj Norizzat Mohd Johari mengikut nama akaun YouTubenya bertajuk “Cikgu Baik Punya!!” telah dimuatnaik.
Ia dipercayai menyindir kes melibatkan Nur Emilia itu.
Video selama 50 saat itu memaparkan dua babak yang sama namun dengan lakonan berbeza. Babak pertama seorang murid dikatakan tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan guru dalam lakonan itu memarahi dan merotannya.
Babak kedua juga sama menunjukkan murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolahnya tetapi dipuji oleh guru lelaki di dalam video seakan-akan ia bukan suatu kesalahan tetapi sepatutnya dipuji.
Malah pelajar itu diberikan duit lagi kerana tidka membuat kerja rumah.
Lelaki berkenaan yang dipercayai seorang guru turut meletakkan beberapa pesanan di dalam ruangan penerangan video berkenaan. Antaranya;
“Kepada seluruh cikgu di Malaysia, mulai hari ini, kita sepakat untuk jangan ambil peduli semua anak murid yang pemalas, Jangan ambil kisah semua anak murid yang pemalas, Jangan pening kepala untuk semua anak murid yang pemalas,”
“Jangan serabut kepala untuk semua anak murid yang pemalas dan Jangan ROTAN LANSUNG semua anak murid yang pemalas,”
Video berkenaan memperoleh beberapa reaksi yang mengatakan bahawa murid-murid pada zaman kemodenan seperti hari ini sudah semakin manja kerana dilindungi secara melampau oleh ibu bapa mereka.
“Budak-budak zaman sekarang ni manja sangat. Masa aku sekolah dulu kena rotan sebab hanya tidak mendapat keputusan A, bukan sebab tidak siap kerja sekolah pun.
Sekarang ni, aku dengan kawan-kawan aku semua berjaya,” kata Shah Rizal dalam komennya.
Sekarang ni, aku dengan kawan-kawan aku semua berjaya,” kata Shah Rizal dalam komennya.
Video itu sudah pun ditonton sebanyak 3,801 kali dengan menerima 49 Likes manakala tujuh tidak menyukainya.
Jika dilihat dari 26 komen yang diterima berkenaan video itu, hampir kesemuanya tidak bersetuju dengan tindakan bapa pelajar itu sebaliknya menyifatkan si ayah sebagai terlalu memanjakan anaknya.
Sebenarnya apa yang cuba disampaikan pemuat naik klip berkenaan adalah mudah.
Beliau mahu ibu bapa faham bahawa jika guru bertindak ke atas murid, ia adalah untuk kebaikkan murid berkenaan sebenarnya dan bukan tujuan lain.
Jadi persoalan sekarang ialah jika anda ada anak yang bersekolah, setakat mana anda dapat menerima tindakan seorang guru jika anak anda mempunyai masalah disiplin atau tidak membuat kerja rumah?
Rasanya jika ada asas guru bertindak dan setakat rotan biasa, maka tidak perlu la untuk kita melonjak secara keterlaluan- Mynewshub.my
No comments
Post a Comment