Oslo: Banduan yang terbabit dalam kes pembunuhan beramai-ramai yang menggemparkan dunia pada 2011 dilaporkan memohon untuk melanjutkan pengajian dalam sains politik di Universiti Oslo, lapor media semalam.
Anders Behring Breivik yang kini menjalani hukuman penjara selama 21 tahun di Penjara Ila pernah membuat permohonan sama sebelum ini tetapi ditolak kerana membabitkan proses yang rumit.
Bagaimanapun pengarah penjara, Knut Bjarkeid berkata permohonan terbaru Breivik kemungkinan besar akan diluluskan.
Breivik, 34, didapati bersalah membunuh 77 orang dalam siri serangan terancang pada Julai 2011. Militan yang membenci Muslim itu sebelum ini mendakwa serangan berkenaan adalah cubaannya menghalang Islamisasi Norway dan mahu membentuk pertubuhan “fasis demokratik” untuk menguasai negara itu dari dalam penjara. - Agensi
No comments
Post a Comment