Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pendirian Neelofa...enggan bermadu!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

  • NeelofaNeelofa
 1 / 1 
KISAH rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa.
Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.

"Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

"Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri," kata bekas juara Dewi Remaja 2010.

Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah," kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.

Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.


Nasi Lemak Kampung Santan

Berkongsi kerjayanya, Neelofa berkata, sepanjang Ramadan dia masih memenuhi tugasnya sebagai pengacara. Lebih bermakna, filem terbarunya, Nasi Lemak Kampung Santan di samping Hans, bakal menemui penonton pada Aidilfitri ini.

"Kemungkinan saya cuti raya tak lama sebab saya perlu menjayakan promosi filem ini. Tambahan pula saya akan turut serta dengan jelajah promosi di seluruh negara bermula 12 Ogos ini," kata bintang Azura ini.

Sementara itu, dua lagi filem lakonannya, Pilot Cafe dan Gangters Superstar bakal menemui penonton pawagam mulai tahun hadapan.

Ternyata rezeki yang diterima anak jati Pasir Mas, Kelantan ini semakin melimpah ruah apabila dia ditawarkan pula membintangi filem sekuel, Hantu Kapcai 2.

"Mungkin masyarakat lihat saya lebih banyak mengacara kerana sering keluar televisyen. Hakikatnya bidang lakonan tetap diteruskan kerana banyak tawaran yang diterima.

"Alhamdulillah... rezeki saya masih belum putus. Ada sahaja tawaran berlakon filem dan drama. Namun buat masa ini tumpuan saya lebih kepada filem kerana lebih senang untuk mengatur jadual kerja," kata Neelofa yang banyak berguru dengan Farah Fauzana dan Nabil untuk memantapkan diri dalam dunia pengacaraan.


Kali pertama beraya di Kedah

Menyentuh mengenai Aidilfitri yang bakal tiba, Neelofa berkata, tahun ini dia tidak dapat beraya di kampung kelahirannya kerana mengikuti bapanya beraya di Alor Setar, Kedah.

Jelas Neelofa, ia juga merupakan kali pertama dia beraya di sana.

"Hanya tinggal saya dan adik-adik yang masih bujang sahaja dapat ikut ibu bapa pulang ke sana.

"Tahun ini, ramai adik beradik saya tidak dapat pulang bersama kerana giliran beraya di kampung pasangan masing-masing.

"Agak sedih juga kerana raya tahun ini pastinya kurang meriah berbanding sebelum ini," ujarnya.

Amat menggemari juadah nasi dagang setiap pagi raya, Neelofa berkata, tahun ini dia terpaksa melupakan juadah kegemarannya itu.

"Nampaknya saya tidak berpeluang untuk menikmati nasi dagang di pagi raya. Tetapi saya berharap akan dapat menikmati juadah popular 'Orang Utara'," katanya yang turut menggemari biskut Almond London dan Cornflakes. Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments