Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Peniaga Perabot Ditemui Mati Ditikam berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Peniaga Perabot Ditemui Mati Ditikam
MELAKA – Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam.
“Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar menghubungi balai polis berhampiran. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments