Ini adalah rusa dari spesies pudu atau rusa terkecil di dunia. Sayangnya, spesies rusa asli Chile dan Argentina ini sudah sangat jarang di temui.
Dipetik dari Time, Jumat 12 Julai 2013, pada Isnin lalu, seekor rusa pudu betina, atau lebih dikenali sebagai doe, telah dilahir di Zoo Queens, di Amerika Syarikat. Berat haiwan comel itu hanya satu poun.
Menurut catatan sejarah, itu merupakan kelahiran rusa pudu yang pertama kali berlaku di pusat haiwan. Untuk diketahui, biasanya rusa biasa ketika dewasa umumnya mempunyai berat badan antara 70 hingga 700 poun.
Tapi, rusa pudu dewasa beratnya tidak akan melebihi 20 pon, atau setara 9 kilogram. Mungkin ukurannya sama dengan anjing dewasa.
Pola makan dari rusa pudu sama dengan rusa-rusa lain. Setelah melalui tahap menyusui, rusa puda akan beralih untuk memakan daun-daun segar, bijirin, kangkung, lobak merah, dan jerami.
Menurut laman Wall Street Journal, rusa pudu adalah salah satu spesies yang sangat unik. Tubuhnya yang kecil membuatnya sangat lincah ketika melompat, berlari, dan memanjat.
Rusa pudu kini sedang diancam kepupusan,spesies ini menyalak seperti anjing, dan berlari dalam pola zig-zag untuk mengelirukan pemburunya.
Apabila anda melihat hidung dan matanya yang kecil, pasti anda berminat untuk memeliharanya di rumah. Tetapi, malangnya spesies rusa ini sudah sangat terancam.
Jika anda berkesempatan untuk bercuti ke Zoo Queens, AS, jangan lupa menyapa rusa pudu itu dengan kata bienvenidos atau selamat datang.
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tagged with: [Wow] - Biar Betul
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment