Pelakon kelahiran Sepanyol, Penelope Cruz, 39, telah selamat melahirkan anak keduanya, Isnin lalu.
Bayi perempuan itu dilahirkan di Madrid dan suaminya, aktor Javier Bardem, 44, berada di sisinya sepanjang proses bersalin dijalankan.
Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Leonardo Encinas yang kini berusia 2 tahun setengah.
Cruz dan Bardem berkahwin pada Julai 2010 di Kepulauan Bahamas selepas hampir tiga tahun berpacaran.
No comments
Post a Comment