Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] KJ Tegur Atlet BAM Tak Pakai Uniform!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Khairy
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin menegur tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghantar skuad badminton ke luar negara tanpa memakai pakaian uniform.

Menurut Khairy dalam laman sosial Twitter miliknya, walaupun perkara tersebut dilihat kecil tetapi ia harus dipandang serius.
“Nampak perkara kecil tapi BAM tak patut hantar squad kita ke luar negara tanpa beruniform sukan nasional (harimau),” jelas Khairy.
KJ1
Sepatutnya badan pengurusan atlet harus memandang serius perkara tersebut kerana atlet yang dihantar bukanlah mewakili rumah sukan sekolah mahupun mewakili daerah.
Menurut Khairy, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan uniform seperti seluar ‘tracksuit’ dan lain-lain lagi kepada atlet yang mewakili negara.
Pemakaian uniform dilihat sebagai satu medium untuk menunjukkan semangat kesukanan dalam kalangan atlet negara serta membawa imej negara kepada negara luar.
Dalam gambar tersebut, menunjukkan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sedang memberi kata-kata semangat kepada atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bakal berlepas ke Hong Kong bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Guangzhou bermula 4 Ogos ini.
Justeru, setiap badan pengurusan atlet haruslah mengambil serius terguran Khairy itu.
KJ

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comment

Diana Maya said...

Laaa... bampak mcm pelajar kolej pergi camping.
Langsung tak nampak mcm skuad negara.
Mmg patut kena tegur dgn menteri.