Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Johan As’ari - ‘Single’ Selagi Belum Bertunang
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Johan
Sebelum ini ada laporan menyebut, pelakon Johan As’ari sedang mengenali hati budi seorang gadis. Masih terus merahsiakan identiti gadis yang berjaya menambat hatinya namun begitu Johan memberitahu dia sebetulnya belum membuat kata putus perihal hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, kata Johan jika jodohnya ditakdirkan dengan gadis tersebut, dia merancang mahu mengikat tali pertunangan selama dua bulan sebelum mendirikan rumah tangga.
“Saya masih ‘single’ tapi jodoh itu rahsia Allah. Saya bukan kaki perempuan. Saya ingin fokus kepada kerjaya. Jika wanita itu adalah pilihan yang tepat, maka saya akan buktikan rasa cinta saya melalui adat resam. Saya rancang nak bertunang selama dua bulan. Dalam tempoh itu sebenaranya adalah proses untuk kami lebih berkenalan dengan pihak ahli keluarga masing-masing,”
“Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum berangkat ke Dubai pada Disember ni, tapi buat masa ni kami masih mengenali hati budi masing-masing. Kalau kami ada jodoh, InsyaAllah,” katanya yang bakal ke Dubai pada bulan Disember ini untuk penggambaran sebuah drama terbitan RTM.
Belajar dari pengalaman cinta lalu, ujar Johan lagi, dia kini memilih untuk lebih berhati-hati membicarakan soal cinta. Dalam masa sama dia meletakkan sasaran untuk bertunang di usia 26 tahun sebagai peringatan untuk dirinya agar dia lebih kuat bekerja dan fokus pada persediaan dan pada apa yang ingin dikecapi sebelum berumah tangga kelak. - Malaysian Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments