Ramai yang telah mengetahui berkenaan kematian pelakon utama Glee, Cory Monteith, 31, akibat pengambilan heroin dan alkohol secara berlebihan pada 13 Julai lalu.
Nampaknya teman wanita Cory, Lea Michele, 26, yang cekal mengalami dugaan itu kini bertambah serius.
Memetik laporan HollywoodLife, kehidupan Lea semakin serius apabila dia mengalami masalah kebimbangan yang sangat kritikal hingga kadang kala dia tidak mampu untuk bernafas.
Nampaknya Lea sukar untuk mengawal emosinya.
Namun, Lea kini berkongsi rasa kecewanya di saat waktu kesukaran bersama pencipta siri Glee, Ryan Murphy.
Pada masa yang sama, rakan-rakan karib Lea turut menasihatinya untuk mendapatkan rawatan oleh professional.
“Lea telah cuba sedaya upaya dan mengharapkan sesuatu yang terbaik dari dirinya.
“Dan dia tidak mahu mana-mana pelakon mahupun krew di dalam Glee untuk kecewa kerana dia tahu semua orang sedang menantikannya kembali semula,” jelas sumber.
No comments
Post a Comment