Setiap tahun pastinya umat Islam di Malaysia menunggu karya terbaru iklan Hari Raya dari syarikat pertroleum terbesar neagara, Petronas. Petronas tidak pernah gagal memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia dalam menyampaikan mesej tersirat sempena Aidilftri.
Sejak pemergian pengarah filem tersohor negara Allahyarham Yasmin Ahmad pada 25 Julai 2009, iklan hari raya Petronas dihasilkan oleh pelbagai individu lain dengan sentuhan idea yang berbeza.
Tahun 2013, Petronas hadir dengan karya bertajuk Jahit selama 8.45 minit. Kisah usaha dan ikhtiar seorang ibu dalam memastikan anak perempuannya boleh melanjutkan pelajaran dengan mengumpul wang mengambil upah menjahit baju.
Biarpun masa suntuk menjelang hari raya ibunya tetap mengambil pesanan untuk menjahit baju hari raya pelanggan walaupun usianya sudah berumur.
Biarpun sibuk, ibunya tidak putus berdoa kepada Allah agar dimudahkan dugaan yang sedang dialami. Tidak ketinggalan menyentuh semangat 1Malaysia, seorang jiran berbangsa cina si ibu membantu menutup kedai bila hari sudah pun malam.
Iklan kali ini tiada apa unsur yang menyedihkan kerana ia diakhiri dengan si anak mendapat tawaran melanjutkan ke universiti dengan diberikan pembiayaan biasiswa sepenuhnya.
Usaha kudrat ibunya sepanjang Ramadan mencari wang akhirnya menjadi berkat untuk mereka berdua kerana dapat menggunakannya untuk berhari raya.
Air mata bakal menitis kerana kita terharu dengan usaha ibunya yang tidak kenal erti penat demi memastikan anaknya dapat melanjutkan pelajaran tanpa sebarang masalah kelak.
Air mata kami menitis, air mata anda? – mynewshub.my
No comments
Post a Comment