Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ritual Menari Dengan Mayat di Madagascar!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Menari merupakan rutin yang memang cukup menghibur. Di beberapa tempat menari menjadi tradisi. Tetapi pekara yang berbeza boleh anda dapati di Madagascar.

Famadihana adalah ritual unik yang boleh anda saksikan di Hauts Plateaux, Madagascar. Ritual ini rutin dilakukan 7 tahun sekali orang-orang Suku Malagasi yang tinggal di sana.

Namun perbezaan riual ini dengan yang lain adalah, mereka akan menari bersama mayat. Pertama mereka akan menggali, membungkus tulang dengan kain dan tikar, kemudian diikat dengan tali. Ketika itu ahli keluarga akan berteriak gembira menyambut bungkusan tulang si mati.

Menurut kepercayaan suku Malagasi, Famadihana adalah hari perwujudan rasa cinta terhadap keluarga yang telah meninggal. Saat itu, seluruh ahli keluarga akan datang, tak peduli dimana sekarang mereka tinggal.

Bukan hanya itu, ritual ini dianggap sangat penting sehingga bagi keluarga yang tinggal jauh akan pulang untuk meraikan. Menurut mereka roh orang meninggal masih boleh berkomunikasi, sehingga dengan menari bersama mayatnya mereka percaya jika orang yang meninggal juga ikut bergembira.


Upacara Famadihana bermula dengan menyanyikan lagu kebangsaan. Ketua keluarga dan pegawai bandar yang diundang dan pidato baru lagu kebangsaan bermula.
                              


Seringkali sebuah band dilibatkan dalam acara ini. Beberapa alat muzik juga ada seperti harmonika, biola, gitar, dan terompet.

Keramaian perayaan ini hampir serupa seperti pasar. Orang-orang sibuk berjalan dan berdiri untuk merasai makanan dan minuman.

Tapi, khusus untuk sanak saudara, mereka akan mendekati bungkusan tulang, kemudian bernyanyi, tertawa dan perlahan membuka bungkusan. Dengan tenang mereka menyiram anggur ke atas tumpukan tulang dan menutupnya kembali. Setelah bungkusan tertutup, tulang tersebut kembali dikuburkan ke dalam tanah, dan dibawa dengan diiringi tarian.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments