Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Balik Kampung Jadi Tradisi Keluarga Anzalna!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Anzalna
DAMANSARA – Jika ada segelintir selebriti lebih gemar bercuti di luar negara menjelang hari lebaran, perkara ini berlainan pula bagi pelakon cantik, Anzalna Nasir yang tetap menjadikan tradisi pulang ke kampung sebagai agenda utamanya sekeluarga.

Syawal kali ini Anzalna akan pulang ke kampung halaman ibunya di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum keesokan harinya ke Muar, Johor untuk beraya bersama sanak saudara di sebelah bapanya pula.
“Raya kali ini saya balik Penang, lepas itu baru balik ke Muar,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa rakaman program bual bicara terbaru Diva De Vida, di sini, semalam.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan raya kali ini, Anzalna menyatakan, “raya tahun ini sama sahaja setiap tahun. Selagi saya masih sambut dengan kedua ibu bapa dan keluarga saya, istimewalah bagi saya.
“Yelah, setengah orang, tahun lepas sambut dengan mak ayah, tahun ini dah takde. Alhamdulillah, saya masih ‘complete’ lagi. Bila ada mereka (ibu bapa), raya saya lebih bermakna,” ujarnya yang menggemari hidangan ketupat palas bersama ayam masak merah di pagi hari raya.
Dalam perkembangan lain, telefilem Setia Hujung Nyawa lakonannya bersama Amar Asyraf dan Nelydia Senrose bakal menemui penonton sempena Syawal ini dan menurutnya drama ini bukanlah kesinambungan drama bersiri popular tersebut walaupun masih menggunakan judul yang sama.
Selain itu, Anzalna akan kembali ke lokasi penggambaran pada 23 Ogos ini dengan telefilem bergenre komedi aksi, Lady Gagah dan bakal bergandingan dengan Amy Mastura menerusi naskhah terbabit.
Foto: RIZA RAZAK

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments