Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki China Terlampau! Hempas kanak-kanak 2 tahun hingga mati!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Beijing – Seorang lelaki China sanggup menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ke tanah, menyebabkan mangsa mati selepas ibunya enggan memberi laluan kepada lelaki itu meletakkan keretanya.
Lelaki yang dikenali sebagai Han mahu meletakkan keretanya dekat perhentian bas, tetapi kereta wanita terbabit tidak bergerak kerana dia sedang melayan anak perempuannya ketika itu, lapor Beijing Times.
Han, 40, keluar dari kereta Hyundai Sonata dan memukul wanita itu sebelum merenggut kanak-kanak berkenaan dari tempat duduk bayi, mengangkatnya lalu menghempasnya ke tanah.
“Kanak-kanak itu tidak bersuara ketika jatuh ke tanah, malah tidak menangis pun,” lapor akhbar itu.
Seorang lagi lelaki keluar dari kereta itu dan turut membelasah ibu mangsa sebelum mereka melarikan diri.
Polis berjaya menahan Han yang dikatakan baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman kerana mencuri. – AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments