Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Binaan Lego Rai Kelahiran Putera George!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Legoland
Keseronokan rakyat Britain menyambut kelahiran bayi Diraja bukan sahaja dirasai di sekitar Istana Buckingham di London. Sebaliknya, Legoland Windsor Resort berdekatan Kota London.

Pasukan krew taman tema permainan Lego terkenal dunia itu telah pun membina model Istana Buckingham yang menyambut kelahiran bayi Diraja itu yang juga bakal pewaris ketiga takhta Britain.
Bayi comel itu diberi nama George Alexander Louis oleh pasangan Diraja Putera William dan Kate yang juga Duke dan Duchess of Cambridge.
Model yang dibina sepenuhnya dari Lego itu disertakan lengkap dengan para wartawan, Istana Buckingham, model Putera William dan Kate, bayi Diraja dan juga anggota keluarga Diraja Britain.
Pengarah Bahagian Legoland Sue Kemp berkata ia sudah menjadi tradisi untuk Legoland membina model dari Lego untuk semua acara besar Diraja antaranya termasuk perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton sebelum ini.
“Kita akan terus mengikuti perkembangan Putera George dari zaman bayinya sehinggalah dia sudah pun memulakan persekolahan, akan dibina model Lego bagi menyambut perkembangan itu,” katanya. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments