Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Diva De Vida Mahu Setanding Primadona!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Diva De Vida
DAMANSARA – Penerbit rancangan bual bicara terbaru, Diva De Vida berharap program tersebut dapat berdiri sebaris dengan rancangan bual bicara kewanitaan Primadona yang dihoskan oleh Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura.

Menurut penerbitnya, Datuk Dr Hajah Hasmiza Othman yang juga pengasas produk kecantikan Vida Beauty, program tersebut mengetengahkan pelbagai segmen kecantikan, kesihatan dan hiburan santai yang boleh ditonton oleh segenap lapisan usia serta sesuai untuk ditonton oleh golongan wanita dan juga lelaki.
“Saya harapkan rancangan ini dapat sambutan macam rancangan Primadona. Yang menariknya, program ini tidak ada skrip, semuanya berlaku secara spontan sekaligus memberikan kelainan kepada Diva De Vida,” katanya ketika ditemui Mynewshub di sini, semalam.
Antara artis jemputan dalam rancangan yang dihoskan oleh Roslan Shah ini ialah Rozita Che Wan, Amyza Aznan, Anzalna Nasir, Tasha Shilla, Siti Nordiana, Izzue Islam, Daphne Iking, Zoey Rahman, Didie Alias dan Ifa Raziah.
Diva De Vida bakal bersiaran selama 30 minit mulai 26 Ogos pada jam 9.30 malam di saluran Astro Prima.
Foto: RIZA RAZAK

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments