Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Remaja Mati Keras Kerana Main Game 40jam Tanpa Makan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan. Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.

Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.

Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya. Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama. Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.

 Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer. Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.


Gambar di atas adalah untuk kejadian mati akibat bermain game selama 23 jam (pada Februari lau), gambar untuk remaja yang mati selepas bermain 40 jam belum ada ketika berita ini dimuat naik. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments