PELBAGAI kontroversi terpalit kepada pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil Zahari dan isterinya, Diana Danielle Beeson sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November tahun lalu.
Selain itu, mereka turut dikaitkan dengan kontroversi mengenai usia kandungan anaknya yang menjadi bualan sesetengah peminat industri hiburan tempatan.
Namun, baru-baru ini Diana telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 2 Julai lalu di Australia.
Pelakon itu berada di negara Kangaroo itu kerana melanjutkan pengajiannya di sana sejak Januari lalu.
Sejak berita kelahiran itu disiarkan pelbagai pihak media, Farid Kamil tidak pernah lagi tampil memberikan sebarang kenyataannya berhubung perkara itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MiG), David Teo berkata kepada portal Gua, “buat masa ini saya pun tak tahu di mana Farid berada. Tetapi saya ingat dia berada di Australia menemani isterinya. Memang dia ada hubungi saya tidak beberapa lama dahulu dan maklumkan ingin pulang ke Malaysia, tetapi sehingga kini dai senyap sahaja. Saya tak hairan dengan sikap Farid ini. Dia suka buat apa yang dia suka.
Sepanjang 10 tahun dia bersama saya (MiG), dia memang seorang yang misteri, apa-apa yang dia lakukan, memang dia tidak akan beritahu kepada saya. Bagaimanapun, dengan situasi sekarang ini, saya percaya Farid sedang melakukan yang terbaik. Dia sedang menjadi suami dan ayah yang terbaik,” katanya.
David yang juga merupakan individu yang rapat dengan aktor itu, turut mengatakan sehingga ke hari ini dia masih belum mengetahui nama cahaya mata sulung pasangan tersebut dan akan mengwar-warkan perkara tersebut sekiranya dia dimaklumkan kelak.
No comments
Post a Comment