Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] PANAS: 8 Julai Abang Meninggal, 9 Julai Abby Berkahwin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mengapa Abby-Farhan Perlu Nikah Di Thailand?
ABBY pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernikahannya dengan Farhan mendapat restu keluarga masing-masing. Justeru timbul persoalan, mengapa pernikahan mereka perlu berlangsung di Thailand?

Menurut salah seorang Forumer Cari, ibu bapa Abby masih ada di Lembah Keramat namun mereka sah tidak menghadiri hari bersejarah anak mereka pada 9 Julai lalu. Hal ini kerana ketika tarikh berkenaan, mereka sibuk dengan urusan pengebumian abang Abby yang meninggal dunia 8 Julai lalu. Apatah lagi, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda nazak sebelum tarikh itu lagi.
Sementara di pihak keluarga Farhan pula, sudah nyata pernikahan pasangan ini tiada masalah juga kerana 19 Julai lalu, Abby sempat berkongsi gambar dia pulang ke kampung halaman suaminya dan berbuka puasa bersama keluarga di sana.
Oleh itu jawapan paling tepat mungkin kerana seperti kenyataan Abby kepada Harian Metropada hari ini, dia mahu ‘memudahkan yang payah.
Apa pun, Abby sememangnya seorang yang tidak suka berahsia. Sudah pasti dia akan memperjelaskan hal ini tidak lama lagi. Biar bagaimana dia menyembunyikan sesuatu, akhirnya dia pasti akan berkongsi juga kebanyakan perkara.
Sebagai contoh selepas mengakui sudah bernikah dengan Farhan, dia mula mendedahkan gambar-gambar mereka bersama. Daripada gambar menghadiri ceramah PAS sampailah mengunjungi Tok Guru Nik Aziz untuk mohon restu, semuanya dimuat naik di laman Instagram.
Turut dikongsikan, SMS Farhan kepadanya beberapa jam sebelum mereka diijabkabul, selain gambar-gambar anak-anaknya bersama ‘abi’ baru mereka. Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments