Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tali Mop dalam sup Tomyam! EEWwwwww!!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


 “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.
Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal  tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.

Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya.

“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.

“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam.

Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.

“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.

“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.

Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments