MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United , Michael Carrick tidak dapat menyembunyikan kesedihan selepas rakan sepermainannya ketika zaman persekolahan ditemui mati dalam tong sampah.
Kesedihan berkenaan dinyatakannya dalam twitter milik Carrick susulan kematian tragis Alan Green.
“Sedih mendengar bekas rakan pasukan, penjaga gol sekolah Alan Green yang meninggal dunia pada hujung minggu lalu. Terlalu awal, hanya 32 (tahun)….’ demikian entri dalam twitternya.
Kedua-duanya merupakan ahli pasukan bola sepak sekolah tinggi Burnside Community di Wallsend, North Tyneside.
Bagaimanapun Carrick berhijrah untuk meneruskan karier dalam bidang bola sepak manakala rakannya itu terus menetap North East.
Mayat Green ditemui dalam tong sampah di lorong gelap, pada awal pagi, 8 Julai lalu oleh pengutip sampah di North Tyneside.
Punca kematiannya belum ditentukan.
Ketika nama Carrick semakin memuncak, kehidupan Green pula jauh berbeza dan dia melalui kehidupan yang sukar.
Green yang juga bapa kepada seorang anak itu dikatakan tidur di dalam tong sampah selepas kehilangan rumahnya yang juga sebuah flat, awal minggu lalu.
Punca kematiannya belum dikenalpasti dan inkuiri ke atas kematiannya akan dijalankan.
No comments
Post a Comment