Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Eric Myers hilangkan diri 16 tahun lalu, kembali menjadi gay dengan Sean Lung
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bapa Hilangkan Diri 16 Tahun Lalu, Kembali Sebagai Gay
ARIZONA – Seorang bapa kepada lima anak yang menghilangkan diri sejak 16 tahun lalu dan diklasifikasikan sebagai meninggal dunia,  muncul semula dengan kehidupan baru sebagai gay.
Eric Myers muncul semula bersama pasangan gaynya, Sean Lung .

Dia sebelum ini dilihat mempunyai keluarga yang bahagia, dengan isterinya, Anne yang juga kekasihnya sejak zaman persekolahan bersama dua anak perempuan,  Kirtsen dan Erin serta tiga anak angkat dari Vietnam.
Eric juga bekerja di sebuah  syarikat hartanah milik bapanya.
Bagaimanapun suatu hari, Eric yang menghadiri seminar hartanah di San Diego, tidak lagi kembali ke sisi keluarganya.
Tiada siapa yang mengetahui di mana dia berada.
Menurut Eric, dia telah dirompak pada hari terakhir seminar tersebut, menyebabkan dia terpaksa bermalam di hotel murah kerana hanya ada beberapa ratus sahaja dalam sakunya.
Keesokan harinya dia menyeberangi sempadan menuju Mexico dan mengambil bas ke Cabo San Lucas.
Ketika dia kembali ke Amerika Syarikat dan menuju ke Palm Springs untuk mencari kerja, Eric telah bertemu dengan Sean Lung yang ketika itu melancong di situ.
Mereka jatuh cinta dan memulakan kehidupan baru dengan Eric akan melakukan apa sahaja pekerjaan yang tidak memerlukan dia menunjukkan kad pengenalan.
Dalam masa sama, keluarganya telah menerima wang insuran sebanyak $800,000 selepas dia disahkan meninggal dunia.
Tujuan dia berbuat demikian adalah kerana terlalu tertekan dan tidak dapat lagi bahawa dia meminati kaum sejenisnya.
Kini isterinya, Anne telah memulakan hidup baru dengan lelaki lain, manakala dua anaknya juga telah berkahwin.
Namun mereka tidak dapat melupakan perbuatan Eric kerana meninggalkan mereka begitu sahaja.
Selain itu, syarikat insurans juga menuntut semula wang ganti rugi berkenaan kerana Eric sebenarnya masih hidup.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments