INDUSTRI hiburan Hollywood gempar dengan kematian pelakon utama Glee, Cory Monteith akibat pengambilan alkohol dan dadah yang berlebihan pada 13 Julai lalu.
Glee akan bersiaran buat musim ke-5 pada 26 September ini, seminggu awal daripada tarikh yang dirancangkan.
Penerbit siri television terkemuka itu, Ryan Murphy, yang sebelum ini hanya membisu kini sudi ditemubual E! Onine.
Menurut Murphy, siri musim ke-5 itu akan bersiaran selama tiga episod sebelum akan berlaku rombakan secara ‘besar’ untuk menyusun semula pelakon drama itu.
“Orang yang membuat keputusan adalah Lea (teman wanita Monteith), yang merasakan idea terbaik adalah untuk semua pelakon dan krew produksi untuk terus bersama dan bekerja setiap hari dan menceritakan kenangan mereka semua bersama Monteith,” jelas Murphy.
Bagaimanapun, Murphy memberi peluang sepenuhnya kepada teman wanita Monteith, Lea Michele untuk membuat keputusan sama ada akan terus berlakon ataupun tidak.
“Kalau Lea kata pada saya, ‘Saya tak mampu buat lagi dan saya tak nak buat lagi’. Saya tidak akan paksa dia. Tetapi dia bagi respon sebaliknya dan saya akan ikutkan,” ujar Murphy.
Tambah Murphy, dia akan meneruskan rakaman ‘Tribute to Cory’ yang dicadangkan oleh Lea selama 3 episod dan selepas tayangan tersebut, mereka akan hentikan siaran buat sementara waktu.
“Selepas siaran itu, kami akan rehat, fikirkan apa yang terbaik untuk meneruskan rancangan itu,” jelas Murphy.
Nampaknya, Glee untuk musim ke-5 tidak akan bersiaran seperti biasa tanpa kehadiran watak Finn.
Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal berlaku dalam Glee musim ke-5 nant
No comments
Post a Comment