Tumpat: Seorang wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher dan mulutnya disumbat tuala di rumahnya di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Mayat Wan Mariam Wan Mahmud ditemui cucunya, Mohd Faizal Abd Samad, 30, kira-kira jam 3.30 pagi.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk dibedah siasat. Mohd Faizal berkata, ketika berada di kedai makan berhampiran rumah neneknya kira-kira jam 3.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada nombor telefon neneknya.
Dia bergegas ke rumah neneknya kerana berasa pelik apabila tidak mendengar suara wanita itu.
Pintu dapur dikopak
Beliau kemudiannya mendapati pintu dapur dan bilik tidur rumah neneknya yang tinggal seorang diri, dikopak.
Sebaik nampak pintu dapur terbuka, dia terus masuk dan mendapati rumah berselerak sebelum ke bilik neneknya untuk mengejutkannya yang tidur di atas katil.
“Saya yang belum tahu nenek sudah meninggal dunia, kemudian memaklumkan kepada jiran mengenai ada orang memecah masuk rumah nenek. Selepas membuat pemeriksaan bersama jiran, baru kami tahu nenek sudah meninggal dunia dengan mulutnya disumbat tuala,” katanya.
BH
No comments
Post a Comment