Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Apa Sudah Jadi? Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Dalam Kotak Kasut
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SEPANGGAR : Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di dalam pondok pembuangan sampah di institusi pengajian tinggi awam Jalan Sepanggar, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.
 
Ketika ditemui, mayat bayi cukup sifat ditinggalkan di atas tong sampah kecil disimpan di dalam kotak kasut dibaluti dengan plastik hitam.

Pekerja DBKK bersama rakannya sedang menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan pondok pembungan sampah di dalam institusi berkenaan sebelum membuat penemuan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments