Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Seluar Dalam Tersepit Ketika Diserbu !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

 GAMBAR di atas dirakamkan oleh wartawan TV9 di Johor, Zulhazri Abu Bakar sewaktu menyertai operasi bersama kakitangan Jabatan Imigresen Johor. Majoriti wartawan serta jurugambar terbabit membuat liputan kes jenayah selalunya sudah amat lali melihat keadaan seperti gambar di atas.

 
Tatkala pusat urut diserbu oleh pihak berkuasa, sebilangan tukang urut wanita kelam-kabut mencari seluar dalam dan coli sendiri. Tidak hairan jika seluar dalam itu tersepit.

Jika benar mereka hanya mengurut pelanggan, mengapakah perlu berbogel? Jawabannya mudah. Ramai tukang urut wanita warga asing menawarkan kaedah urutan badan ke badan atau ‘body to body massage‘ Maksudnya, mereka ‘mengurut’ pelanggan lelaki menggunakan tubuh termasuk buah dada dan celah kelangkang. Bayaran dikenakan mungkin sedikit tinggi tetapi telah dipersetujui sejak dari awal oleh kedua belah pihak. Bayaran untuk mengurut tubuh pelanggan lelaki barangkali tidak seberapa tetapi menjadi lebih lumayan andai pekhidmatan seks turut ditawarkan.

Sebelum ini, premis menawarkan perkhidmatan mengurut dibanjiri oleh gadis Indonesia namun kebelakangan ini, senario itu berubah. Gadis China dan Vietnam mengambil alih tempat mereka.

Dibandingkan dengan gadis Indonesia, lazimnya, tukang urut berasal dari China dan Vietnam tidak memahami bahasa Melayu dan majoriti mereka tidak memiliki kemahiran mengurut. Apapun kemahiran berkomunikasi dalam bahasa tempatan, bukan satu tuntutan dalam kerjaya mereka. Asalkan kehendak pelanggan dipenuhi, tugas selesai dan mereka menerima imbuhan. Hemat saya, mereka tidak berhasrat untuk menetap di Malaysia buat selamanya, sebaik simpanan mencukupi, mereka kembali ke negara asal sambil tersenyum.-MZ

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments