Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Polis Pengiring Kemalangan Dilanggar Kereta MPV
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PONTIAN - Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di kilometer 13 Jalan Pontian-Kukup, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, anggota terbabit, Konstabel Mohd Sazatul Nazril Salim, 23, dalam tugasan mengiringi Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar dalam perjalanan pulang dari Pulau Kukup selepas merasmikan Hari Sambutan Tanah Lembap Sedunia.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian.

“Sebuah kenderaan jenis MPV Grand Livina yang datang dari arah bertentangan cuba memotong di garisan berkembar bertembung dengan anggota polis trafik terbabit.

“Difahamkan, anggota polis trafik terbabit sudah membunyikan siren mengarahkan semua kenderaan memberi laluan dan bergerak ke tepi,” katanya.

Katanya, sebaik menyedari kejadian itu, Tunku Jalil turut membantu mangsa dan mengiringi ke Hospital Pontian.

"Anggota terbabit dilaporkan patah paha kanan selain cedera di bahagian siku kanan. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

“Polis telah menahan pemandu MPV yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 keramemandu secara merbahaya.

“Keluarga anggota terbabit yang kini berada di Terengganu sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments