Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kontena Muatan Getah Hangus Di Kilometer 284 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Nilai: Sebuah lori kontena yang membawa muatan getah dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terbakar sebaik tiba di Kilometer 284 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori kontena berkenaan dari arah selatan membawa muatan getah itu untuk dieksport. 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.07 pagi dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian untuk memadamkam kebakaran. 


Beliau berkata, operasi membabitkan lima jentera termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Nilai dan Bangi serta sebuah kenderaan membawa 12 tong buih dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan dan siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments