Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bakal Berkahwin Dengan Bekas Suami Rita Rudaini, Zarema Adakan Bridal Shower
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BEKAS suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan kekasihnya Zarema Zainal bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac ini.
Walaupun belum diumumkan tarikh sebenar majlis  tersebut, sudah pasti debaran bergelar raja sehari semakin dirasai oleh pasangan sejoli ini.
Terkini, menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish, Zarema telah mengadakan satu majlis bridal shower yang bertemakan Masquerade Party.

Foto yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish
Dalam majlis yang diraikan bersama sahabat-sahabat baiknya itu, Zarema nampak anggun mengenakan busana merah dengan memegang papan tanda berbentuk hati yang tertulis #AZ4ever.
Sementara itu, kesemua jemputannya pula memakai busana berwarna putih dan turut menggunakan topeng yang menutup separuh muka mereka.

 Majlis Bridal Shower bertemakan Masquarade Party
Kalau anda nak tahu, sebelum ini juga Zarema pernah mengadakan beberapa buah keraian bagi menyambut tarikh keramatnya itu.
Apapun, diharapkan semoga majlis perkahwinan mereka kelak akan berlangsung dengan lancar dan kekal hingga ke akhir hayat. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto sekitar majlis tersebut.-OB

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments