KUALA LUMPUR – “Dia (penjenayah) menjerit kepanasan
apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan
niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata
seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.
Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba
dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an
yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45
petang, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor
merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain
dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.
Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di
ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.
“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.
Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa
dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.
“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.
Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.
Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.
“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.
“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.
“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan
kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,”
katanya.
Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk
membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk
menyerahkan nasibnya kepada Allah.
“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.
Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya.
“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali
pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya
memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan
beberapa barangan berharga lain.
Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil
membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan
tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner
Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung
kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut
Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).-HM
No comments
Post a Comment