Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Penoreh Getah Lemas Dalam Kebun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Segamat: Seorang penoreh ditemui mati dengan kesan terbakar di kepala, dipercayai selepas lemas kerana asap kebakaran di sebuah kebun getah di FELDA Medoi, dekat sini, petang kelmarin. 


Mayat Ng Chong Chia, 63, yang masih memakai but getah ditemui terbaring berhampiran sebuah pondok di kebun berkenaan oleh orang awam, kira-kira jam 5 petang. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata mangsa yang tinggal di Paya Pulai, dipercayai ke kebunnya untuk menoreh getah, namun berlaku kebakaran di situ dipercayai akibat cuaca panas. 




Api menyambar motosikal 

“Ketika mangsa tiba, kebun itu sedang terbakar bersama sebuah pondok kayu di situ. Api kemudian dipercayai menyambar motosikal penoreh terbabit yang turut menyebabkan letupan. 

“Polis percaya mangsa sesak nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian. Selain itu, polis turut menemui kesan terbakar di kepala dan baju lelaki terbabit,” katanya. 

Mohd Kamil tidak menolak kemungkinan mangsa cuba memadam kebakaran kebun dan pondok berkenaan sebelum api menyambar motosikalnya sehingga berlaku letupan sebelum api menyambar lelaki berkenaan. 
Katanya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya pekebun warga tua berhati-hati jika ke kawasan terpencil, terutama ketika musim kemarau yang boleh menyebabkan kebakaran secara tiba-tiba.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments