SEBELUM ini, panas seketika kisah pelakon Nur Fathia yang dikatakan berbalah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab semasa penggambaran Ariana Rose di London.
Ia disaksikan sendiri oleh seorang wartawan B*Pop yang berada di sana dan melaporkan ia berpunca daripada sikap Fathia yang tidak mahu melakukan promo episod akhir drama tersebut.
Kami sangkakan kisah itu sudah reda, namun semalam, pelakon Nabila Huda telah memuatnaik gambar sebuah artikel berkenaan kontroversi itu menerusi Instagramnya dengan ‘caption’ berbunyi:
“Manusia kadang-kadang tak reti nak bersyukur.Bila diberi peluang,selalu lupa diri.Bila kite salah,tak perlu untuk menegakkan diri untuk menutup kesalahan dan menunding jari pada pihak lain atau memberi alasan yang bodoh.Kalau salah,mintak maaf dan berubah.Simple!People would love to work with you if u take it seriously about how important is discipline to be a good actor.Everyone from the team knows the truth,girl.Boo!”
Ia secara tidak langsung menunjukkan Nabila tidak senang dengan tindakan membela diri yang dilakukan oleh Fathia.
Baginya, adalah lebih baik pelakon itu mengakui sahaja kesalahannya kerana krew produksi tahu akan kebenaran kejadian itu.
Hmm, tak tahulah hendak komen apa. Kalau benar apa yang dikata, tak salah rasanya jika Fathia mohon maaf sahaja daripada terus memanjangkan cerita…
No comments
Post a Comment