MIAMI BEACH, Florida – Sebuah mahligai yang dibina di tepi pantai Miami Beach milik pereka fesyen ternama dari Itali, Gianni Versace yang telah meninggal dunia pada tahun 1990-an, akan dilelong.
Lelongan itu hanya diberi kepada mereka yang betul-betul berminat membelinya.
Harga minimum bidaan untuk lelongan rumah tersebut adalah AS$25 juta (RM79 juta) dan akan berlangsung pada 17 September depan.
Selain berpeluang melihat sendiri keindahan rumah agam tersebut, para pembeli yang berminat juga perlu menandatangani satu perjanjian sulit dan membuktikan bahawa mereka mempunyai wang untuk membelinya.
Ahli keluarga Versace tidak memiliki rumah agam itu sejak tahun 2000. Namun, para pelelong berharap pengaruh legasi pereka fesyen tersebut dapat menarik minat para pembida terhadap hartanah berkenaan yang terletak di tepi pantai Ocean Drive.
Versace telah menghabiskan wang sebanyak AS$33 juta (RM105 juta) untuk mengubah suai rumah agam tersebut selepas membelinya pada 1992.
Rumah berkeluasan 2,136 meter persegi itu memiliki 10 bilik tidur, 11 bilik mandi dan sebuah kolam renang sepanjang 16.4 meter dengan jubin emas 24 karat.
Versace dibunuh oleh seorang pembunuh misteri di hadapan rumahnya pada tahun 1997. – AP
No comments
Post a Comment