Adakah ini bakal hero filem Thailand ala-ala Ong Bak pada masa akan datang.
Tidak diketahui sumber video ini mahupun siapa si kecil ini yang ligat bermain sejenis senjata mempertahankan diri iaitu Nuncha Ku.
Tetapi apabila melihat cara permainan si kecil ini jelas dia meniru gaya dari orang paling rapat dengannya.
Tajuk video ini ialah anak Tony Jaa Tom Yum Goong namun tidak dapat dipastikan kebenarannya. Dalam video selama 1.01 minit itu kedengaran suara mungkin bapanya dalam bahasa Thailand.
Kedengaran suara itu juga mirip suara Tony Jaa yang menjadi terkenal sejak mula memegang watak utama dalam filem Ong Bak dan sekuelnya selepas itu.
Siapapun si kecil ini, sememangnya dia dilihat sebagai bakal menguasai seni mempertahankan diri menggunakan Nuncha Ku itu.
Memang terbaik. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment